Wednesday, April 14, 2010

itu sudah pasti

Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

hahaha...btol la...aku nk tnya lg...ko cun x???

owh..aku cun.melettoppzz..haha

Ask me anything

formspring

anis yang ajar formspring ni. err..aku tak tahu apa function benda ini. tapi kalau korang nak tanya killer question kat aku, aku on saje..
hahah

tapi jangan tanya bila aku nak mati la......



http://www.formspring.me/dilanani
ini URL formspring.heh~ kalau nk tny soklan, tgk la k.

Smiling Flower

buang buang




Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:

1. Cara yang haram.

2. Cara yang makruh.

3. Cara yang sunat.

Cara Qada Hajat yang diharamkan.

1. Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat.

2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan.

3. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan.

4. Qada hajat di atas kubur.

5. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya.

6. Membuang air di atas kitab-kitab agama .

7. Membuang air di atas makanan.

8. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.



Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.

1. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.

2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam keadaan darurat.

3. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.

4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan

5. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.

6. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.



Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.

1. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu.

2. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.

3. Ketika hendak masuk, baca doa ini:

Ertinya : "wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina."

4. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas.

5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat.

6. Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.

7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.

8. Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini.

Ertinya: "Wahai tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku."



Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.

1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas).

2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah.

3. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat.

4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa:

"ya Allah , hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan keji"

5. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding..

6. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.

7. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.



Adab buang air

Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.

Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas.

Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya.

hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.

Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.

Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut.

Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.

Jangan membuang air di atas kubur.

Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).

Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.

jangan buang air di mana-mana tempat perhentian.



p/s: credit to ahmad fedtri yahya. tak salah kan kita berkongsi ilmu? heh.
Smiling Flower

makan

saya makan banyak.
sejak bila saya makan banyak, sejak saya masuk UKM.
semasa di matrik atau sekolah, saya makan sikit..*yeke?*



errm..ntah la.haha. tapi aku sangat suka makan. uhh, uhh, lagi-lagi bila makan dengan orang yang makan banyak. okeh. antara Top 5 kawan dalam hidup aku yang selalu teman aku makan aka makan banyak macam aku jugak:

5)Siti Solehah aka pocoyo pakai helmet

aku kenal dia masa mula-mula MMP kat UKM, satu fakulti, dan satu otak. uhh.. dia suka lepak bilik aku. dan sangat suka habiskan makanan yang aku bawak dari rumah. sangat bagus, dia tambah 3x. hey, perot kau sangat gojes. aku sukaaaa..sukaaa sangat. sebab apa yang aku masak, mesti kau habiskan dengan muka semangat. aku sayang kau. even aku baru kenal kau kat UKM. p/s: takya la pindah UKM KL, nanti siapa nak habiskan makanan aku?


4)Hanis Ilyliani Abdillah aka rumet aka si yuna*sebab dia dah gila pkai selendang*

dia. rumet aku. hah. muke mula-mula kenal, serius tak hengat. rasa macam hey, kau buat muka garang ingat aku takot lah?haha.. sayang kat dia. sebab dia sama spesies dengan solehah. Suka makan makanan yang aku bawak dari rumah. dan kitorg jugak, suka pergi ke cafe dalam pukul 12am untuk makan. err.. even dalam kul 7pm kami sudah makan, kami akan pergi cafe jugak kalau bosan2( ayat ganti untuk lapa ) jangan salah anggap, kami bukan orde nasi briyani atau stik, kami hanya orde yang ringan2 sahaja, nasi goreng ayam. ahaha. faveret ku. tak la,.. orde air cejuk jek. hehe. anis jugak gila makan, sebab stok makanan dia pon banyak. tapi takleh nak kalahkan aku la kan?haha



3) Ili Nabila Hj Norsilan aka dak perasan hot

Okeh. dia aku kenal masa sekolah menengah dulu. SAMTTAR. nak tahu ape tu samtar? cari sendiri. sekelas dari form 1 sampai form 3. kitorang kawan da ketat sejak dulu sampai sekarang. makan banyak? urm.. ili ini suke makan dengan aku kot. sebab aku hot. hey, mau tumpang hot aku kah? haha. sayang kau. makan, makan, makan. takmau cakap banyak, takut kene lempang sedas ngn ili. heh~



2) Muhammad Nazmi Yunos aka mimi pot pet

kenal dia sejak form 1 sampai sekarang. sekolah yang same sampai form 5. dia, makan banyak. serius. boleh tambah 5x tanpa minum air atau membasuh tangan untuk 2nd round. sangat terer. dia..dia..tak pernah miss untuk datang open house rumah aku, makanan wajib, laksa. tambah 2x. atau apa sahaja la makanan yang terhidang, konfirm tambah. okeh nazmi? ini realiti. jangan menidakkan. sayang kau jugak, kawan yang sangat baik. aku suka tahi lalat kau. aww!haha. nanti makan durian lagi. hoyeah.



Dan pemenangnya!













1) Roslina binti Sahidin aka dak keding tapi perot kilang

sayang, sorry ptg td tak dapat teman makan kat Kejut. errmm, hujan. okeh, dia kawan baik aku. kenal sejak form 1 sampai sekarang sekolah sama2, matrik sama2, u pon same2. okeh, dia sangat comel. err..urm..tapi makan banyak. kire, minat dan hobi yang sama macam aku. sebab, kalau kami hang out, first thing kitorang cari bukan baju, beg atau kasut. tetapi kedai makanan yang gojes dan menarik. soal harga, belakang cerita. heh. heaven. kami pernah makan nasi briyani, pot pet jap, pastu g singgah secret recipe makan kek dan chicken chop. huh, perot kilang rite? heh, tapi heaven dapat kawan yang sangat memahami. serius aku cakap. tapi, tapi.. kenapa kau lagi kurus dari aku? *tak puas hati* sayang kau sangat. muah muah.




Tahniah kepada semua pemenang. Hadiahnya, belanja aku makan setahun di mana-mana restoran yang halal.





p/s: paper teknik math siang tadi gojes. aku suka. ok lah, mahu tido. esok mahu study kalkulus.