Wednesday, October 20, 2010

untuk kamu =)






Senyum kamu..
Tawa kamu..
Tangis kamu..
Buat aku bahagia..
Setiap nafas kamu, inginku simpan didalam hatiku..
Setiap nafas aku, ingin ku berikan padamu..
Inginku kunci kamu di dalam hatiku..
Agar kamu tidak tinggalkan aku..
Namun itu semua adalah suratan ilahi..
Andai tertulis jodoh kamu untuk aku..
Aku sediakan segalanya untuk kamu..
Namun jika sebaliknya..
Hanya kesyukuran dpt kupanjatkan kerana dpt mengenali dirimu..
Terima kasih kerana beri senyuman kepada diriku.. =)


MNMH: 20/10, 0956pm

Thursday, September 23, 2010

hijab

Wednesday, September 8, 2010

misery


sumpah. aku rasa penat sangat. penat sangat berlakon. bodoh semua ni. aku tak tahan dah. kenapa aku jadi mangsa mainan kau? kau tipu aku? kau mainkan aku? knp aku? bodoh. bodoh! aku menyesal. sumpah menyesal. kau anggap aku seperti barang permainan. kau buang aku mcm kain buruk. kau ingat aku apa setan?

menyesal aku tolong kau perempuan. lantak lah kau nak kembali kat setan tu ke ape. yang penting aku dah tolong kau. tolong kau jauh dari laki keparat tuh. aku malas dah.

Ya Allah. kau lindungi aku. ya Allah, kau jauhkan aku dari laki jenis macam tu. Ya Allah, kau tolong lah hamba mu ini. tak tertahan rasanya nak menanggung kecewa dan sedih ni. sumpah, aku takkan mainkan hati orang lain, sebab aku tahu betapa sakitnya dipermainkan.

ya Allah, temukan aku dengan jodoh yang benar-benar menyayangi aku. yang mencintai aku dengan sedalam-dalamnya. yang ikhlas terhadap diriku. aku tak berharap untuk mencintai, tapi mengharapkan lelaki budiman yang mencintai aku.


p/s: aku taknak raya, aku nak bersendirian, aku tak nak gembira pura-pura. i am in misery.shit i hate him damn much.

Tuesday, September 7, 2010

gugurnya kasih sayang

kenapa? mengapa? sakit hati, kesedihan melanda. oh, ini sebab lelaki durjana. aku percaya kau, rupanya kau tipu aku. aku ingat lagi kau kata macam ni, * saya single lagi, saya single sebab tunggu awak*
pergi mati dengan ayat manis kau. sumpah aku menyampah. kenapa lah kau hidup kat dunia ni kalau hanya tahu menipu?

Dan aku mengaku, kesilapan besar aku adalah mengenali kau. membenarkan kau masuk ke hati aku.damn. aku benci. Dan disebabkan kau, aku makin lupa Yang Maha Esa. aku makin jauh dengan Kau. maafkan aku wahai Tuhanku..Ya Allah, Kau sedarkan aku, Kau sedarkan aku bahawa Kau sentiasa di sisi aku. Aku sahaja yang buta ya Allah. Ampuni aku..

Aku tak nak ulang kesilapan sama. Sumpah. Aku nak pergi jauh. Jauh dari hidup tu. jauh dari lelaki yang tak boleh dipercayai. selamatkan aku ya Allah.

Kepada lelaki yang cuba menyembunyikan penipuan lelaki ini, aku maafkan kau. tapi aku tak boleh macam dulu dengan kau. maafkan aku.

Aku bukan perempuan yang lemah, yang mudah kau nk tindas. I am new . A new one. A new Fadhilah Hanani.

p/s: masih mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang prihatin. kpd atiq, saya harap awk jgn kmbli pd laki tu. tuh jek saya harap. sbb tak nak awk kne tipu ngn laki tu.

Friday, August 13, 2010

lega

“Kita tak boleh nak dapat semua yang sempurna dan bagus2 saja. Jangan pandang pada kelemahan pasangan kita, tapi pandanglah pada kelebihannya. Walaupun dia tak romentik ke, tapi dia tak pukul2 anak isteri. Walaupun dia kat rumah asik tido je ke tak tolong buat kerja umah, sekurang2nya dia takde keluar melepak di kedai kopi (sekarang coffee house atau kopitiam plak). Walaupun dia tak berapa caring, tapi dia pun tak caring pada pompuan lain kat luar sana. Terimalah seadanya dia & bersyukurlah dia ada dan boleh menjadikan awak seorang perempuan yang berkahwin”.

nasihat ini sangat best. ala, saya cuma copy nasihat ini dari satu blog tu. tapi, serius, betul2 bagus. bagi kesan. sebab apa, kita sebagai wanita, kenalah fikir positif. semua orang tak sempurna. terima dia seadanya.

Sekurang-kurangnya kita ada pasangan hidup. Kat luar sana ramai yang hidup single dan solo.
Sekurang2nya pasangan hidup kita peduli pasal kita. Kat luar sana ramai pasangan hidupnya peduli pasal orang lain dari anak isteri sendiri.
Sekurang2nya pasangan kita ada kat rumah. Kat luar sana ramai yang pasangan hidupnya keluar tak balik2.
Sekurang2nya pasangan kita bercakap2 juga dengan kita. Kat luar sana ramai yang pasangan hidupnya haram tak bercakap dengan isteri tapi dengan pompuan lain mengekek2 di telefon.
Sekurang2nya pasangan kita hormat pada kita. Kat luar sana ramai yang pasangan hidupnya layan dia macam hamba abdi.

Bersyukur atas kurniaan-Nya. Mendapat pasangan hidup adalah antara tanda2 kebesaran-Nya.


p/s: moga aku bertemu jodoh dengan lelaki yang betul menyayangi aku. amin~

paniklah.

Panik. ya, saya panik. haha
cerita bermula begini, bersama cosmate dan saya ketika dalam kelas.

mijot : eh, budak tuh. macam mengandung lah
saya : eh, mane2?
.............
saya : haah la. uhuh. perot dia gendut
mijot : mintak2 dia dah kawen.
saya : haha. mstila dah kawen. gila ke tak kawen lagi kalau dah ngandung.
mijot : .....hahaha
saya : jot, kadang2 aku terfikir kalau terlambat datang period aku, aku terfikir aku pregnant.
mijot : haah. aku pun fikir cmtu gak!
saya : waaaahhh..! yeke?? aku ingat aku sorang jek yang terfikir macam tuh! yeah, dah ade geng
mijot : hahaha. tu la. panik kan.
saya : tahu xpe. padahal tak pernah pun buat. penetration of ***** into ****** pun xpnh kan. cmne nk ngandung lak kan?? hahaahhaha
mijot : tahu xpe.


* knp aku rase aku mcm xde otak nk fikir cmtu heh?ntah pape.


p/s: sekian.

Saturday, July 31, 2010

saya moody

saya sedih. saya baru lepas kena marah dengan umi saya. sebab dimarahi kerana tak bagitahu pasal motor eksiden sekali lagi. ya, saya salah kerana melanggar perjanjian untuk tidak memberi pinjam motor itu kepada rakan. tetapi saya tak mampu nak mengatakan tidak kepada kawan saya. tetapi janganlah disebabkan saya tak mampu nak berkata tidak, kawan jangan lah mengambil kesempatan untuk melenjan motor saya seperti kata mahu menggunakan motor itu di dalam ukm sahaja, tetapi rupanya anda bercadang mahu membawanya di tempat lain.

saya faham kesusahan anda kerana tiada kenderaan, tapi motor itu di bawah tanggungjawab saya. saya berasa sangat down sekarang ini. di tambah pula, kos penyelenggaraan adalah mahal disebabkan motor itu adalah baru dan mahu cari spare part yang tiruan adalah sangat susah, maka terpaksa lah beli yang ori. mungkin anda boleh membayarnya, tapi saya segan mahu meminta anda membayar nya. oh, apakah nasib saya. adakah ada dosa saya yang saya lakukan pada makhluk Allah yang lain sampai saya ditimpa pelbagai kemalangan? maafkan saya.


jangan lah disebabkan saya sentiasa ceria dan melayan rakan sangat baik, sehingga anda beranggapan saya tiada perasaan untuk marah. jagalah hati saya. walaupun saya senyum di hadapan anda, awak kata apa pun tentang saya, saya tetap akan senyum, kerana saya bukan jenis orang yang mudah meluahkan perasaan kecuali jika sudah tidak tertanggung.

saya bukan jenis orang yang mudah menceritakan apa yang saya rasa. sebab saya adalah perahsia. saya tak suka orang tahu apa yang saya rasa, sebab saya mahu orang yang mengenali saya beranggapan saya adalah manusia yang sentiasa ceria. dan saya suka menceriakan orang. maaf jika anda rasa apa yang saya katakan ini adalah palsu, anda boleh pertikaikan nya. mungkin saya tak senyum pada awak kerana saya kadang-kadang tak perasan.

p/s; nukilan rasa hati yang terpendam sekarang. saya moody. ayat pun tunggang langgang. tak paham, buat-buat paham la.

installing a husband.

Installing a husband

Dear Tech Support,


Last year, I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a distinct slow down in overall system performance, particularly in the flower and jewelry applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.


In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as

Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as


NBA 5.0,

NFL 3.0 and

Golf Clubs 4.1.


Conversation 8.0 no longer runs, and HouseCleaning 2.6 simply crashes the system.


Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.


What can I do?


Signed,

Desperate.




DEAR DESPERATE,


First, keep in mind,

Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while Husband 1.0 is an operating system.


Please enter command: ithoughtyoulovedme.HTML, try to download Tears 6.2, and do not forget to install the Guilt 3.0 update.

If those applications work as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewelry 2.0 and Flowers 3.5.


However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0, or Beer 6.1.

Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Snoring Loudly Beta.


Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)


In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0 program. This is an unsupported application and will crash Husband 1.0.


In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend Cooking 3.0 and Hot Lingerie 7.7.


Good Luck!

Tech Support


haha. best kan. ni copy dari blog lain. suke...suke

Friday, April 30, 2010

kami

Ya. Kami bertiga kawan sejak sekolah. Aku, fara, ros. kami memasak2 dan masak. fun. hehe. sambil masak, sambil borak2. tak perlu nak g SR(secret recipe, not sekolah rendah ya anak2). hehe. okeh, malas nak type banyak. tengok jela pic2 nih, dan wat sendiri cerita dan dialog yg bersesuaian.


































p/s: takde mood. beter kawin awal atau kawin selepas belajar? saya sedang sedih. =.=

Wednesday, April 28, 2010

Lelaki Idaman

haha. okeh. nak kongsi cerita cinta. tetibe teringat pasal benda nih, yela, perkara nih tersimpan di lubuk hati. takde siapa tahu, kecuali Tuhanku. heh. dari zaman aku kecik hingga sekarang.

Zaman Berhingus Berkahak; (7-11tahun)
Okeh, perkara ini sangat sensitif, sebab aku rasa siblings aku tahu kot perkara ni. hahha. mase kecik2 kitorang suke ejek2 kenen2kan dgn sesiapa yang kitorg rase dia suka. ala, cam cakap, "ohh, dila ko suka amar ea??" nanti, dari umo ko 7 tahun sampai darjah 6, bnd tuh akan melekat dan akan menjadi sumber pengejekan seisi rumah. benda tuh menjadi bahan yang sangat mujarab untuk membuatkan seseorang kanak-kanak seperti aku tertekan dan menangis. punca: malu sebab memang aku suka laki tuh pun. hahaha.

Munguk gila sebab suke dia. aku suka dia, sebab dia comel, nmpak macho dan nampak seperti hero power rangers merah yang kacak. dan aku selalu berangan aku adelah power rangers pink, takpon aku adelah sailormoon yang selalu diselamatkan oleh jejaka kacak yang ada bunga ros tuh. * aku tak ingat la nama dia* Amar nih jiran sebelah rumah aku dulu2. hahaha. cmne ntah boleh bocor oleh adik beradik aku yg aku suka dia, miahaha.sekarang dah tak suka la. perasaan neutral. loser gila aku masa nih.


Zaman Berhingus: ( 12tahun-15 tahun)
haha. okeh. masa sekolah rendah. masa tuh mula la berjinak-jinak nak tulis diary. masa tuh ngah gila kot tulis diary, pastu nk kunci ade cm mangga kecik2 tuh an? haha. ok, nk mule cite, aku tak pasti cmne abg aku yg 3 org tuh bole baca diary aku dan dorg dpt baca semua rahsia aku! wat the fish! haha. dan aku pun digosipkan dengan manusia yang sangat di glemer di sekolah, tapi diejek di rumah la. adeh. malu la. ingat lagi abg padil kena gosip dengan azra, abg apiz tak ingat la sape, abg aie ngn bibi khairani, hahahaha. didi xde, napi ngn eka , adik xde. haha. adeh..sengal gile, cetek sungguh pemikiran masa tuh. Masa tuh ciri-ciri laki yang aku suka:

~mestilah seorang yang bijak
~kurus
~dan sangat friendly.

Masuk sekolah menengah, aku minat org lain pulak dah. *sengal*
Laki tuh muke cute gilak, putih2, tapi dia klas lain. membe aku pon ske dia gak. tapi aku cool jah.. yg spoil, dia xsama kelas ngn aku. dan..dan.. otak dia kurang sket, tp, xpe. asal comel di mata aku.oh..oh.. dan dia sangat glemer dengan dak2 perempuan kelas belakang. yela, cumil an. huhu.*sedih*
sebab aku ni tak dipandang oleh mana2 lelaki mase sekolah menengah dolu2. tak tahu la knp,. tapi akuu mungkin agk kasar dan ganas ala mafia atau ah long.

Zaman Hingus Kering: (17-19tahun)
haha. okeh, masa kat matrik, masuk kelas f1t2. heh. ade suke sorg mamat nih. cute gilak. muka jambu. putih melepak,. tapi sayang, dia tak lame sebab dia pindah maktab, knp kah kau pergi?? aku takde mood belaja seminggu, hahaha. kat matrik, hehe...ala. tanak cite. next~!

Zaman Hingus Takde: (20-dan ke atas)
haha. .......................................................................................... no comment.



p/s: korang jawab la sendiri untuk yang last sekali tuh. aku rasa sangat loser sekarang nih. sebab aku rasa aku nih mudah jatuh cinta. atau aku hanya kagum pada orang. ngah keliru. ok la. nk tido. bai.




Okeh, ni kawan aku sejak sekolah dulu2.Nama dia syazwan @ wawan. Kawan sejak Zaman aku berhingus. boleh refer di atas ya. Dia suruh letak nama dia kat blog aku. nak glemer la tuh. hey, betol ke kau suka aku mase sekolah dulu? salahkn nazmi, dia cite kat aku. hahahhaa. lariiiikkk...

Tuesday, April 27, 2010

Merdeka! Merdeka!

Banyak makna dari perkataan Merdeka. Macam-macam isitilah. tapi bagi aku, aku merdeka dari sakit kepala. huh. serius, paper statistik tadi aku nak hentam tibai, tumbuk dan belasah pun tak boleh. tak tahu nak mule kat mana. huuu...knp kah lecturer amat 'baik hati' wat aku macam ni.......huh.Yeay, aku da abes paper. meh jugit2

Heh, aku dapat award dari tyra, my former clasmate mase skola rndh dulu2. alolo, comel. ko pny blog lg nice n sweet dear.




saya suke!!!!!

Heh, semalam kan, semalam g bangi. aku ngn anis mencari kotak. yela, tak larat aku nk hangkut barang2 bawak balik banting. tingal stor sudeyh.. baru aku pasan aku pny barang byk mcm nak lari dari umah, dan takkan pulang ke rumah sampai bila2, tuh la yg aku blh katakn bila tgk barng2 aku. *ayat aku cm budak tadika, tak reti nk susun. maaf.* ok, nek U nt, taknak bawak barang ape2 da. *padahal setiap sem aku ckp cmtu, stil bwk jgak*
hahaha

mungiks. ok, boleh bygkn tak moto oren ala2 adnan sempit yg dibwk oleh wanita anggun cm aku, smbil bwk kotak. waw. waw. besar gile kotak tuh. ingt nak soh anis pkai jek kotak tuh, tp rse kemaluan amat sangat lak. hahaha

DILLA sempit. huduh beno name sempit

poyo jek nih, pdhl anis yg pgg kotak nih


heh. so, skang sape nak kemas barang kau dila? bertimbun, berkeladak, berhimpun, beratur dan berkumpul. banyak gileee...uh, aku menyesal bwk byk brg. =.=""

Balik umah kang, aku leh tido dan bangun lambat selama 4 hari saje, sebab 3hb aku da kne masuk sekola. uhh..terpakse korbankn mase tido dan mase wat kilang lemak. takpela, fun gak g skola. kot2 ade ckg2 praktikal yg muda2. hahaha. leh cuci mata. hahaha.


aku prapraktikum dari 3hb sampai ntah la. nt aku tny membe aku. haha. tp 20 hari saje. Then, 15/06 saya mengerjakan umrah. *tiba-tiba ayat baik*. Doakn keselamatan aku, dan aku dapat wat ibadah dengan tekun. Insyaallah. balik dari umrah jek, aku kena trus g UKM. ada kursus kut mase tuh, kursus PC(Pemudah Cara) untuk kendalikn MMP(Majlis Mesra Pelajar). hah. sng ckp jd fasi utk dak2 junior 2010/2011 yg mau masuk UKM. heh, mari masok UKM, besh2! MMP 5 hari jek, tapi serius, aku sgt anti mjlis orientasi, tgk2 aku yg jd fasi skang nih..uhhhhh...takpela. enjoy jah!



tebal gile eye bag aku, hah, ni mse MMP 2009/2010.aku baru masok


p/s: aku nak tido puas2 dan melalak dlm bilik. anis da balik phg, aku lonely. nk kemas barang. ptg ni cm mls nk swimming. bai.

Sunday, April 25, 2010

benci tapi rindu

rindu. rindu padanya. tapi aku benci dia. sebab dia kecewakan aku.
banyak kenangan dengan dia. tapi aku benci dia.
aku rindu jugak kat dia.

rindu.

Tapi aku kena lupakan dia.

selamat tinggal. nak buang teddy bear tu. =(

Saturday, April 24, 2010

Hari ini hari sabtu

aha. dah dua hari tak update blog. hah. rindu la tuh kat aku? rinduu...haha

okeh. sangat banyak perkara yang aku wat. haha. mandi kolam. jalan2 g makan. main kucing. heaven. even hati ini dilukai dan dilukai. tapi aku cool. serius cool. hahaa

hari khamis.830am
aku, anis, mijot, nisa and maina. kami mandi kolam. uh, mandi kat swimming pool ka DANAU. okeh, korg tahu tak danau tuh ape? Danau tuh tmpt rekreasi la. err..mcm tmpt golf. besh2. pagi2 tuh, dgn muka tak mandi, kitorg da gerak kat sane. then, abg kaunter tuh la kata tak le pkai tudung bese.. err... aku rse nak marah jek mase tuh. seb bek leh pkai cap yang cumil. haha. saya ade cap renang. aku ta tahu nama spesifik cap nih, tapi serius, cap yg cumil leh muat kat pale aku yg cm tembikai. huray. haha.
kitorang mandi mandi, belaja renang. main terjun2. even mase tuh kat pool tuh jugak ade geng2 datin belaja renang gak. kitorg kesah pe. hahaha.. seb bek sume gurls.. aww.. bes. kitorng kua dari pool kul 1130. now, muka aku burn cm bontot babun. gorgeous.




muka maina klaka. haha


aku sedang berenang. haha


hari jumaat.830am

aku de paper isu2 kuarge. serius. aku panik semalam. sebab aku rase aku cm xkaver dgn baik. mcm ade jek tak cukup. even aku baca byk2 kali. huhu. masuk hall kt ktams tuh, bedebar2. k, tgk jek paper tuh, selak2. aku da gelak. pastu wat la..wat jek, gelak. gelak, n gelak. klaka gile soklan Isu2 kuarge. hahaha. siyes klaka. sambil pndg Dr Jo, aku gelak, hahaha. fun seyh jawab paper tuh.

1530pm
Paper psiko lak. okeh. even dia bg hint, aku takut gak. sebab ape, mse tuh aku rse otak aku sgt letih. btol letih. helo, 2 paper 1 hari!. sangat penat. Masuk2 jek hall dectar tuh, tgk paper obj jek, aku da pnig. wat the fish soklan dia. hahha. pusing2. aku pning baca, even da ulang 10x baca soklan obj dia. k. wat la soklan subjektif, fuh, seb bek, ape yg aku bc ade. gile joget aku jawab.

Hangin gile. ade mamat tak leh blah nk meniru. helo, awk tuh cikgu, sila la berakhlak siket. nmpk sgt ko tak cetadi. kate cikgu tapi prnagai hampeh. okeh, aku bersangka baik kat kau, mungkin kau tak tahan nak berak, tuh yang kau asyik terkedepan smbil sokseksoksek kt membe dpn kau yang perempuan. dan perempuan yg kt dpn mamat tuh, takya la bajet kau hati mulia nak tolong laki tuh. kau ingat kau tolong laki tuh, kau hot la. tak ya la tlg laki hampeh cmtuh. dia guna kau jek. haha. sian.

Sabtu. 8.00am
wah, aku bangun lambat hari ini. janji dengan solehah nak g fpend kul 800. tapi aku bgn kul 800. sangat terbaik. then aku cakap kat sol, bagi aku 15 min siap. haha. pantas tak aku mandi dan bersiap. baju tak gosok. seb bek mmg jnis baju yg takya gosok pon. haha. thanks my umi yang bli baju tuh. waw. waw. k. sebenarnya ada taklimat prapraktikum.
Tahu apa tuh prapraktikum? prapraktikum secara bahasa kasarnya adalah latihan utk bakal guru yang sebelum praktikal la. uhh..aku dapat SMK telok datok. sekolah ku dulu2. muah2 bangunan sekolah aku nanti. haha. heaven kat sekolah tuh. byk kenangan. tak sabar nk jumpa cikgu2 kat sane. haha*bahasa kasar ke aku gune?*

Pas abes taklimat, aku kua g bangi ngn sol. nk isi minyak moto, sambil lunch skalik. faveret place kitorg restoran kerabu yg sederet ngn kdai ayam penyet. kedai tuh heaven, sbb cara masakan dia macam kat umah. mksdnya sangat sedap! kitorg makan, makan, dan makan. abes makan lepak sejam sambil borak. sangat buang masa. tapi HEAVEN. haha. kan? kan? sol...

Pas abes makan, lepak jap kt klinik kucing yang sebelah restoran tuh. wah, kami main kucing kat situ, uncle tuh pun da knl muka aku, haha. yela, bape belas dan puluh kali aku g kdai dia, main2 kucing di situ. haha. sangat membuang tension di situ. Saya ulang, sangat membuang tension.





ini si kacak, sgt suka menggatal


ini soleha.*tahan cun*

ini aku*tak tahan cun* haha




cumil kan kucing2 nih, sgt friendly




p/s: nak kumpul dwet, nk bela kucing secara serius. okeh tak?

Tuesday, April 20, 2010

6 sebab kenapa tak patut ikut bf

Pesan umi: Nak cari bakal suami kena lah yang lebih tua(matang). Tengok macam umi dengan abah. Bila kau dah kawin nanti, beranak, muka kau akan nampak tua kalau kau kawin dengan lelaki yang sebaya dengan kau.

Pesan roslina: Nak cari lelaki kena lah yang kaya dan beriman. Duit penting masa ni, siapa lagi yang nak tolong orang Islam yang lain, yang kurang bernasib baik?

Pesan diri aku: Tak nak laki yang panas baran, saya nak yang matang, beriman dan kaya. hahaha

Konklusi: pilihan ibu adalah yang terbaik.

Okeh. arini bukan kerana aku menggatal nak kawin ke hape ke? tapi ni masa depan aku. rite? takut bila tengok orang disekeliling kita yang mempunyai masalh rumah tangga, cerai berai. aku takut gila kalau aku yang menjadi mangsa penceraian dan dicerai.

Lelaki sekarang susah la nak cari yang berkualiti. tak semua okeh. Segelintir. Yang terok2 tuh jenis tergelincir la tuh.heh~

Dengan masalah buang bayi lagi. huhu. lari dari umah la. ikut teman lelaki la. hey gadis, kamu tak tahu, duduk sebelah ketiak mak lagi besla dari kau ikut boifren kau.
Reasons:

1)MAKAN
Kau duduk rumah, mak kau masak sedap2. kalau takpon, kau yang masak la. tapi stil sedap kan? sebab bapak kau blikn bahan2 yang banyak utk kau masak. kalau ikot balak kau, kau nk mkn ape? ntah2 balak kau pun tagih kat kau. xpasal dia jual kau.

2)DUIT
kau duduk rumah, mesti kau dapat duit siket la. sebab ape, sbb mungkin mak kau atau bapak kau tgk kau rajin wat keje umah. Takpon, dorg topupkn kau. paling sket pon 10hengget. Heaven ar tuh an? Kau sapu ruang tamu dah dapat 10hengget, kalau kau sapu satu umah, xke dapat 50 hengget? kalau kau ikot laki kau, ape kau dpt? kau ingt dengan cinta, dwet takya pon xpela>? okeh, pasni kau g makan sipot babi kat tepi jln.

3)Jalan-Jalan
Duk ketiak mak kau, kau dpt g mne2 tmpt bes. paling bes ko dapat g umrah la..hehe. mksd aku duk ketiak mak tuh, kau jnis anak duk umah la. bkn nk selit pale kau kt ketiak mak kau. kau dapat jalan2 ngn family kau, kau dpt rptkn hbgn sesame family. heaven la. serius. kalau kau dengan balak kau, nk g uptown banting yang cikai tuh pon xdpt, ape tah lagi fun fair. jgn harap. dwet tak dak, xdpt g mne2.

4)Kasih Sayang
serius, kau dapat kasih sayang. takkan lah bapak atau mak kau nk pukul kau tanpa sebab an? aku mmg pantang kalau ade budak yang nk bunuh diri sebab tekanan ngn family, dengan sebab mak bapak asyik mrh kau jek. kau yang tak muhasabah diri kau. ada kau fikir kenapa mak kau bebel banyak kat kau? ada kau fikir kenapa bapak kau ngamuk tahap gaban kt kau? semua sebab nak bentuk kau jadi baik la. kalau dengan balak kau, kau mmg la dpt kasih syg. tapi jap jek la. pas laki tuh da rase manisnya kau, dia buang kau la. last2 family kau jugak yang kutip kau balik.

5)Belajar
dengan adanya family, kau duk ngn family, insyaAllah kau akan terdidik dengan baik. kau dapat belajar agama, belajar ngaji. isk, aku ingt dulu-dulu kena marah ngn abah sebab salah tajwid mse ngaji. nanges kot. sekarang ni, huhu, alhamdulillah, aku boleh baca Alquran dengn baik. ala, abah aku marah2 sayang even aku nanges gile2 mase tu.haha.klaka. Pastu, suasana kat umah memang akan wat kau rase nk belaja, sbb kalau ikut mak bapak aku, diorg mmg terapkn suasana belaja kat umah. tp pelik, skang kalo aku balik umah, tak dpt nk study. sbb siblings aku yg lain da duk jauh2, kalo balik umah, xrmai pon, so smngt blaja tuh depends on my umi la, sbb dia study ag, so kdg2 aku dpt la spirit study tuh,.heh~

6)Tak Tahu nk ckp pe ag
yang aku tahu, tak ya la percaya kat laki yang tabur bunga2 cinta. mksd aku, jgn lentok gila2...relax2 suda. ade jodoh, ade la. sume da tertulis.

Yang penting, Islam tetap dihati, Family diutamakn.



p/s: aku rindu umah aku kt banting. tak sabar nk habis exam nih. nak tgk muka umi aku even umi suke bebel kat aku. rindu la. serius. suka tgk muke abah n umi, sebab aku lega dorg kt dpn mata aku. korg cmne plak?
hamster sy pon nk selit

Monday, April 19, 2010

One Republic

Saya Chenta One Republic.
haha.
hobi baru.

Tengs pada Siti Solehah yang bagi lagu Secrets .
Mabulus. I loike soooooo much.
Then sekarang dah download 13lagu One republic.
hahhaha,,,*gelak bangga*

saya ada boifren baru yang sangaaat kacak..aww..*blushing*
Nama dia Ryan tedder aka abg tedi. vokalis One Republic..uwaa...




*jangan kacau abg tedi, dia sedang nyanyi. ^^





leb leb leb. saya suka lagu dia. sangat semangat. heh~




p/s: mahu study titas dengan semngt smbil pndg abg tedi. haha. Siti Solehah, aku menang. abg tedi milik aku.hahaha

Saturday, April 17, 2010

aku pengkecewa manusia

aku ini pemarah ?
mulut aku jahat ?
Kau kata kau faham aku?
tapi ada kau tanya kenapa aku marah?
ada kau tanya elok-elok?
ada kau cuba faham apa penyebab dan punca-punca aku marah?

aku benci kau bila kau kata

XXXXX (4/17/2010 11:43:21 PM): saya kecewa ngan awak

Ok, fine. Aku memang suka kecewakan semua orang. puas hati?


dah la. ini semua lagho. menyesal aku mood baik dengan kau tadi.

p/s: aku nak hafal titas satu buku. nak lupa semua benda. macam harem semua ni.

Untukmu sahabat-roslina

Saya ada sahabat. Nama dia roslina. Saya berkawan dengan dia sejak sekolah menengah. Kami berkawan rapat sejak tingkatan 4. sebelum tingkatan 4, kami tak pernah bertegur sapa kerna kami menganggap dia atau aku sombong. Ok, senang cakap, lain geng la.

Masa tingkatan 4, di SMK Telok Datok, aku duduk sebelah dia. Fine, mula-mula rasa kekok dan malu. Cakap dengan dia pun kena sembunyikan perangai sebenar aku, sebab dia, mak aih, lembut gila.

Ok, fine.Jeles la, sebab semua lelaki suka kau sebab kau lemah lembut, dan aku pulak ganas tak hengat.Tapi aku relax jah, haha.
Camne ntah leh rapat dengan kau sampai hari ini, dan aku harap sampai bila-bila.

Tapi serius, aku masih ingat manusia-manusia yang cakap macam ini kat kau,

"Eh, Ros, kau kawan dengan dila? Macam langit dengan bumi."
"ros, saya rasa awak dah pandai melawan cakap saya sebab awak kawan dengan dila"
"Ros, tak sangka kau boleh kawan dengan dila yang macam tu"
"Ros da pandai dah cakap macam itu, belajar perkataan itu dengan dila ek?"

Hey, ok. aku bukan jahat, tapi aku mulut yang laser, maksud aku, aku cakap perkara yang benar. kalau aku rasa perkara itu salah, aku terus cakap benda tu salah. Dan ros, korang selalu buli ros. Dia tak pandai nak melawan. Tu dulu la, sekarang ros da berubah.

Ros, sila jauhi cikgu tak berguna tuh. aku masih benci cikgu yang macam harem tuh. patut la dulu aku belajar sains masa tingkatan 2 tak pernah dapat A. huh.~

Aku sayang kau ros, kau lah kawan aku sampai bila-bila
Maaf jika aku ada lukakan hati kau.
Dan kau sangat memahami aku.
hey, kita sekepala kan rupa-rupanya.
I thought we're different, yela, U lembut2, I keras2.
huhu..ramai tak sangka kita kawan baik.


Sempena birthday kau pada hari ini, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang tahun Kelahiran yg ke-20. Tak tahu da ke berapa kali aku wish kat kau.
heh, baju tu cantik an? haha. seb bek aku da beli awal-awal hadiah utk kau,. Tiada tuntutan ag taw.

Love u sayang amat ketat. ketat sampai melekat.

Nak tunjuk gamba2 kita yang dalam simpanan aku sejak sekolah - matrik - universiti

SEKOLAH









MATRIK




UNI






p/s: esok kita g makan SR k dear. heh~

Friday, April 16, 2010

Jatuh Cinta =D




jatuh cinta.
jatuh cinta dengan lelaki itu.
Tapi aku tak mampu. aku tak mampu.
aku tak layak
Sebab dia terlalu baik.
lelaki itu sangat lengkap.

Kata-katanya sangat meruntun jiwa.
dari kata-kata yang tertulis, aku sudah jatuh hati padanya..
tapi aku perlu malu sebagai seorang perempuan. Malu seperti anak perempuan Syuaib AS..

Uhhh... semoga Allah temukan ku jodoh dengan lelaki yang beriman dan sebaik dia.
=)
Heh, jangan salah anggap. Semua wanita impikan jejaka macam itu.kan? kan? Agenda sebenar nak share some books yang aku baca.
Nak promot buku Hilal Asyraf sangat bagus.

Aku mulakan dengan baca buku novel awal remaja dia.




Baca novel remaja mulia, ringan je cerita dalam novel ni. tapi best la, boleh hilangkan tekanan. Lagi-lagi semasa minggu exam ni. haha~
Err..nak ngaku, nanges kot time part bapak dia and kemudian kwn bapak dia ninggal. Ok, aku sangat sensitif.

Kenal Hilal Asyraf ni dari buku penulisan dia lah. Didi adikku yang kenalkan. Sebab dia suruh belikan semua buku Hilal Asyraf semasa Book Fair kt pwtc aritu. Mula-mula, simpan jek lepas beli. Tiba-tiba terdetik nak belek-belek. huhu.. Sangat menarik.

Next book aku baca, Langit Ilahi. Huhu. Buku motivasi serta serba sedikit tentang pengalaman beliau. Hilal ni sangat bagus, even baru 21 tahun , tapi fikiran sangat matang. Sangat jarang aku jumpa lelaki yang matang pada usia ini. Atau aku sendiri yang tidak mendampingi orang yang thiqoh macam dia? Huhu..
Langit Ilahi, semua part aku suka..haha. suka sangat. sangat memberi kesedaran.


Buat masa ni, 2 buku jela aku sempat baca. Rasa-rasa solehah pun sempat belek2 buku Langit Ilahi ni, dia pun kata best sangat. Thumbs up Hilal!

Teruskan usaha dakwah anda.





p/s: didi, bwak la hilal asyraf singgah banting. hehe. nak sangat jumpa dia, walau dari jauh. pastu, pastu, jgn lupa minta signature dia taw dari sana..huhu

Thursday, April 15, 2010

sahabat

Sahabat,
Kau apa khabar?
Sudah lama aku tidak bertemu dengan mu,
Selalu,
aku tanyakan khabar kau melalui Roslina,

Sahabat,
kita sudah tidak macam dahulu,
aku rindu saat dulu.

Sahabat,
Dulu, kita pergi sekolah bersama-sama
Sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5,
Boleh dikatakan setiap hari pada masa itu kita bertemu,
Aku rindu saat itu,
Saat kau gembira bersamaku,
Saat kau sedih,
Saat kita belajar bersama-sama di rumah cikgu Mariam,

Sahabat,
aku betul rindu padamu,
kenapa persahabatan kita jadi begini?
Adakah disebabkan perbeezaan ideologi?
Aku rindu pada kau..
Betul, rindu.

Sahabat,
aku minta maaf banyak-banyak pada kau,
Kita tidak boleh macam dulu ke?
Adakah aku buat silap pada kau?

Sahabat,
Jika aku pulang ke rumah,
Sudah pasti, aku akan cuba lalu di hadapan rumah kau,
dengan berharap kau ada di hadapan rumah,
Mungkin aku boleh bertegur sapa dengan kau,
Tapi,
hampa, kau selalu tiada,
Mungkin jika aku ternampak kau,
Mungkin kita boleh keluar berjalan bersama-sama,
Seperti yang kita buat dulu-dulu..
DULU-DULU..
Aku betul rindu kita yang DULU-DULU..



Betul Rindu..
Maafkan aku sahabat jika aku melukakan hati kau..