Saturday, July 31, 2010

saya moody

saya sedih. saya baru lepas kena marah dengan umi saya. sebab dimarahi kerana tak bagitahu pasal motor eksiden sekali lagi. ya, saya salah kerana melanggar perjanjian untuk tidak memberi pinjam motor itu kepada rakan. tetapi saya tak mampu nak mengatakan tidak kepada kawan saya. tetapi janganlah disebabkan saya tak mampu nak berkata tidak, kawan jangan lah mengambil kesempatan untuk melenjan motor saya seperti kata mahu menggunakan motor itu di dalam ukm sahaja, tetapi rupanya anda bercadang mahu membawanya di tempat lain.

saya faham kesusahan anda kerana tiada kenderaan, tapi motor itu di bawah tanggungjawab saya. saya berasa sangat down sekarang ini. di tambah pula, kos penyelenggaraan adalah mahal disebabkan motor itu adalah baru dan mahu cari spare part yang tiruan adalah sangat susah, maka terpaksa lah beli yang ori. mungkin anda boleh membayarnya, tapi saya segan mahu meminta anda membayar nya. oh, apakah nasib saya. adakah ada dosa saya yang saya lakukan pada makhluk Allah yang lain sampai saya ditimpa pelbagai kemalangan? maafkan saya.


jangan lah disebabkan saya sentiasa ceria dan melayan rakan sangat baik, sehingga anda beranggapan saya tiada perasaan untuk marah. jagalah hati saya. walaupun saya senyum di hadapan anda, awak kata apa pun tentang saya, saya tetap akan senyum, kerana saya bukan jenis orang yang mudah meluahkan perasaan kecuali jika sudah tidak tertanggung.

saya bukan jenis orang yang mudah menceritakan apa yang saya rasa. sebab saya adalah perahsia. saya tak suka orang tahu apa yang saya rasa, sebab saya mahu orang yang mengenali saya beranggapan saya adalah manusia yang sentiasa ceria. dan saya suka menceriakan orang. maaf jika anda rasa apa yang saya katakan ini adalah palsu, anda boleh pertikaikan nya. mungkin saya tak senyum pada awak kerana saya kadang-kadang tak perasan.

p/s; nukilan rasa hati yang terpendam sekarang. saya moody. ayat pun tunggang langgang. tak paham, buat-buat paham la.

1 comment:

Shukri Mohd Ali said...

Alahai. tabah la ye dila. huhu.