Friday, April 16, 2010

Jatuh Cinta =D




jatuh cinta.
jatuh cinta dengan lelaki itu.
Tapi aku tak mampu. aku tak mampu.
aku tak layak
Sebab dia terlalu baik.
lelaki itu sangat lengkap.

Kata-katanya sangat meruntun jiwa.
dari kata-kata yang tertulis, aku sudah jatuh hati padanya..
tapi aku perlu malu sebagai seorang perempuan. Malu seperti anak perempuan Syuaib AS..

Uhhh... semoga Allah temukan ku jodoh dengan lelaki yang beriman dan sebaik dia.
=)
Heh, jangan salah anggap. Semua wanita impikan jejaka macam itu.kan? kan? Agenda sebenar nak share some books yang aku baca.
Nak promot buku Hilal Asyraf sangat bagus.

Aku mulakan dengan baca buku novel awal remaja dia.




Baca novel remaja mulia, ringan je cerita dalam novel ni. tapi best la, boleh hilangkan tekanan. Lagi-lagi semasa minggu exam ni. haha~
Err..nak ngaku, nanges kot time part bapak dia and kemudian kwn bapak dia ninggal. Ok, aku sangat sensitif.

Kenal Hilal Asyraf ni dari buku penulisan dia lah. Didi adikku yang kenalkan. Sebab dia suruh belikan semua buku Hilal Asyraf semasa Book Fair kt pwtc aritu. Mula-mula, simpan jek lepas beli. Tiba-tiba terdetik nak belek-belek. huhu.. Sangat menarik.

Next book aku baca, Langit Ilahi. Huhu. Buku motivasi serta serba sedikit tentang pengalaman beliau. Hilal ni sangat bagus, even baru 21 tahun , tapi fikiran sangat matang. Sangat jarang aku jumpa lelaki yang matang pada usia ini. Atau aku sendiri yang tidak mendampingi orang yang thiqoh macam dia? Huhu..
Langit Ilahi, semua part aku suka..haha. suka sangat. sangat memberi kesedaran.


Buat masa ni, 2 buku jela aku sempat baca. Rasa-rasa solehah pun sempat belek2 buku Langit Ilahi ni, dia pun kata best sangat. Thumbs up Hilal!

Teruskan usaha dakwah anda.





p/s: didi, bwak la hilal asyraf singgah banting. hehe. nak sangat jumpa dia, walau dari jauh. pastu, pastu, jgn lupa minta signature dia taw dari sana..huhu

Thursday, April 15, 2010

sahabat

Sahabat,
Kau apa khabar?
Sudah lama aku tidak bertemu dengan mu,
Selalu,
aku tanyakan khabar kau melalui Roslina,

Sahabat,
kita sudah tidak macam dahulu,
aku rindu saat dulu.

Sahabat,
Dulu, kita pergi sekolah bersama-sama
Sejak dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5,
Boleh dikatakan setiap hari pada masa itu kita bertemu,
Aku rindu saat itu,
Saat kau gembira bersamaku,
Saat kau sedih,
Saat kita belajar bersama-sama di rumah cikgu Mariam,

Sahabat,
aku betul rindu padamu,
kenapa persahabatan kita jadi begini?
Adakah disebabkan perbeezaan ideologi?
Aku rindu pada kau..
Betul, rindu.

Sahabat,
aku minta maaf banyak-banyak pada kau,
Kita tidak boleh macam dulu ke?
Adakah aku buat silap pada kau?

Sahabat,
Jika aku pulang ke rumah,
Sudah pasti, aku akan cuba lalu di hadapan rumah kau,
dengan berharap kau ada di hadapan rumah,
Mungkin aku boleh bertegur sapa dengan kau,
Tapi,
hampa, kau selalu tiada,
Mungkin jika aku ternampak kau,
Mungkin kita boleh keluar berjalan bersama-sama,
Seperti yang kita buat dulu-dulu..
DULU-DULU..
Aku betul rindu kita yang DULU-DULU..



Betul Rindu..
Maafkan aku sahabat jika aku melukakan hati kau..





Wednesday, April 14, 2010

itu sudah pasti

Tuhan Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu

Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
AlQuran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan kekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli

Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru

Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti

hahaha...btol la...aku nk tnya lg...ko cun x???

owh..aku cun.melettoppzz..haha

Ask me anything

formspring

anis yang ajar formspring ni. err..aku tak tahu apa function benda ini. tapi kalau korang nak tanya killer question kat aku, aku on saje..
hahah

tapi jangan tanya bila aku nak mati la......



http://www.formspring.me/dilanani
ini URL formspring.heh~ kalau nk tny soklan, tgk la k.

Smiling Flower